Rumahku Syurgaku
Perkembangan Corak Petempatan Manusia
Sejarah telah membuktikan bahawa
manusia mula menduduki gua sebagai
tempat berlindung semasa petempatan
awal.Akibat perubahan zaman, manusia
telah mempelbagaikan jenis petempatan
mereka.Di samping itu, faktor luaran juga
menyumbang kepada reka bentuk dan
jenis rumah di negara kita.
Sejarah Awal Petempatan Manusia
Pada zaman dahulu, manusia hidup
nomad.Mereka hidup dalam kelompok,
keluarga atau secara berkumpulan.
Petempatan awal mereka ialah di gua,
kawasan lapang dan pinggiran sungai
atau tasik.
Gua Niah, Sarawak
Gua yang paling awal dijumpai di negara kita. Gua
Pada peringkat awal, manusia telah memilih persekitaran
gua sebagai tempat tinggal.Petempatan ini sesuai kerana
mendapat pelbagai tumbuh-tumbuhan dan binatang yang
boleh diburu sebagai makanan.
Kawasan Lapang
Manusia juga tinggal di kawsan lapang.Mereka mula bercucuk
tanam dan berburu haiwan.Mereka membina pondok-pondok
sebagai tempat tinggal yang diperbuat daripada batang dan
daun pokok.
Pinggiran Sungai atau Tasik Selain tinggal di gua dan kawasan lapang, manusia juga tinggal di kawasan pinggiran sungai dan tasik. Mereka mula menangkap ikan sebagai sumber makanan. |